Pages

Wednesday, December 30, 2009

Happy Besday to me, alya n hubby

29 Disember besday ku
28 Disember besday puteri kami Nuralya Batrisyia
19 Disember besday suamiku

Happy Besday semua, semoga panjang umur, tetap iman, murah rezeki...amin

Kalau boleh aku nak semua kluarga kitorang lahir dalam bulan Disember, sian pulak if anak ke2 lahir bulan lain...boleh gitu...so next march leh siap sedia....yeke??tungguuu

Apa yang best nyer ker tak best?? celebrate skali jek, tapi besday aku la paling tak disambut, coz last sekali...yelah memula besday abang, kitorang dah gi lepak2 kat Royale Bintang Seremban tu, besday alya pulak gi PD kasik main air kat Tiara tu, last2 besday aku dapat wish jekla..haha...nak beli kek tak berbaloi la pulak, kek dalam esbok pun ada lagi...

tapi masih ramai yg msg n call wish me happy besday...thanks semua atas ingatan kalian :p

Happy new year uolsss! Johor keje la pulak sok..huhu

Sunday, December 13, 2009

Napa lama tak berblog?

1. kerana aku sudah tukar hp baru, maka nyer taklah memasukkan dalam pc kolej yg sometimes ber virus ni
2. gambar semua diambil menggunakan kamera baru, so abang yang simpan, takes time la pulak nak mintak dari dia

itu ada la alasan aku malas nak hupdate, walaupun banyak sangat nak citer..maybe pasni wat kat umah la, coz dah beli broadband baru, itupun kalau alya tak bz sama nak menolong, hehe

alya dah nak 2 tahun this 28 dec...banyak citer pasal dia aku tak update...pape pun skrg ni usaha aku nak pisahkan dia dari bf, alhamdulillah berjaya jugak rasanye susukan dia until 2!walaupun tak sepenuhnye bf, maybe second baby, hehe....nak kene blaje dulu caranya, rasanya sanggupla kot memandangkan first baby ni dah ada experience...

malam tadi, masa nak tidokan alya, aku tak nak la kasik dia bf, so wat siap2 la her fm ...sampai dia kata dah habis, tak tido jugak! alya try tido, susu mama dah takde simpan utk baby, itujekla alasan yang dia leh terima, hehe...puasla dia bergolek sana sini, pastu aku tengok mulut dia terkumat kamit then amin...doa apa pulak dia baca...lawak betul aksi dia skrg ni

last2 dia pun tertido, so aku rasa dia dah bersedia la nak stop bf ..usaha akan diteruskan lagi, cuma nyer skali dia bangun malam, aku pulak bg bf disebabkan malas nak bangun wat susu....aiseyyy

tengah pk nak wat besday party or pergi bercuti jek?

Tuesday, October 13, 2009

Kursus @ KL

Dah la ek citer raya, yang lain2tu biasa jek, raya umah sedara mara n kawan2...ok nak upload gambar alya pulak sepanjang aku berkursus ni

memula, mak n abah aku nak bawak alya gi Jb, tapi masa dia nak amik alya, alya terus peluk aku taknak lepas, sian pulak dia. so tuko plan, parents aku gi ikut aku kursus, haha...payah betul anak tak nak berenggangni. itu la pasal aku nak stop kan breastfeeding. mmg tak sampai 2 tahun lagi, tapi aku lagi tak sampai hati kalau dia menangis2 tak nak gi kat orang, macam takut sangat aku ilang. n nanti akan susahkan orang lain pulak yang menjaga dia if aku gi kursus...masalah alya ni malam jek, sbb dia mmg fully bf bila aku balik keje...dah dia suka aku nak wat camno

jadiknyer aku pun duk la umah adik aku. ulang alik ke intan, everyday. tak kesahla bukan jauh pun. layan gambo kkk
lepas antar aku gi kursus, mak n bapak aku akan bawak dia berjalan, abisla dironda satu kl

ha nganga luas tu...sedap gak makanan kat rebung @ chef ismail tu punyer

makan mushroom soup pulak...

makan lagik...ni kat one of famous kedai makan pantai timur kat kl ni, called BELANGA...alya makan laksam, dia mmg suka lemak2 ni..aku pulak makan nasi dagang

aku pun pegi open house yek di kl ni, ni umah sepupu aku...alya jakun dengan bendalah gantung2 ni

semangat membaca perlu dipupuk masa kecil lagi

ni yang lawak...tiap kali kat tmpt parking, tanya la..mana keta alya?dia tunjuk porshe ni...kecik2 dah ada golden dreams...siap leh possing depan keta dia


ni aktiviti baru dia, susun baju dia, amik iron dan konon2 gosokla

ha ni pun ada satuciter.. weekend lepas aku takde kelas, kebetulan laki aku pun kat kl, maka leh la kami bercintan cintun dah anak takde kat kl...mak aku balik kamis lagi, bawak alya balik muo. kitorang apalagi jalan tak hingat la, gi sopping2, gi open house, n tengok wayang.aku rasa sejak kawin ni tak penah lagi tgk wayang ni...fuhhh lama tu. ngan adik aku skali, tengok citer papadom kat pavilion kol 10 sampai la 12...ha puas la ko membujang, haha
yang lawaknyer, booked through phone. antara dengar tak dengar jek. kitorang pun amikla tiket kol 9,,,ramai nyer la orang. pastu belik pop corn hotdog sumer, nak bagi tiket nak masuk tu, aikkk salahla wayang kol 9.50...bengong tol...turun la pulak food court bawak makanan sumer...pas melantak naik la balik.alih2 tengok seat dah ada orang...
tanya la diorang, tempat kitorang ni...bangunla sorang mamat ni, siap kuo tiket tengok, eh sama!...adik aku cakap jomla kita turun bawah tanya camne...alih2 tengok all the details, rupa2nyer tiket kitorang hari isnin bukannyer malam tu hari sabtu...apala ngok sangat ni...okla kitorang duduk jekla kat seat depan2 tu...
laki aku pun cakapla perasan tak sapa antara mamat2 yang ada tu...rupanye zed zaidi...hahaha...boleh pulak terkantoi ngan dia ni....lawak sungguh
pas dah sedap2 duduk kat bawah tu, alih2 ada org tanya tmpt kitorangni, dengan tak bertanya apa kitorang duduk kat tmpt lagi bawah.maka kami tgk movie dengan mendaongak jekla....hahhaha...
kesimpulannyer citer ni best...tak rugi kalau tengok...lawak n sedih

Raya Day 1

Hari raya pertama...semua baju raya tak siap. hah?? apa sudah jadi! last2 baju aku ngan akak ipar aku jek yang ada, coz masing2 jahit kat tempat sendiri. tapi baju yang tak sedap langsung dipakai, sakit betul ati ngan tailor sorang kat tangkak ni, dahla bodoh sombong, wat baju pun tak reti, pastu cakap besar. sian eny, baju dia dah macam sarung nangka dah masa pakai tu, ketat giler, sampai dia volunteer nak belikain lain. kononnya siap la rabu, bila kitorang datang, dia kata takda dah kain nyer kat jakel, kl dia gi ngan sgmat pun dia gi, tapi takde. pastu kitorang tanyala, napa tak call? boleh dia jawab, ala kalau call pun bukan boleh wat apa! apake tongong manusia ni. dah la nak raya, leh la tempah kedai yang pandai jahit daripada kedai dia yang sederet ngan maybank tu! last2 dia pulangkan duit... baju aku, aku redha jek la walaupun cutting baju ni tak sepadan langsung dengan badan...malas nak bergaduh ngan minah camtu

ni nak citer apa ni sebeno nyer?hehhe...baju ni sebenarnya baju boria la, tiap tahun mmg akan ada baju borang bg pompuan2 semelaya ni. baju adik beradik yang lain pulak, citer nye, kononnya pekerja tailor ni lari. dia hanya siap 25 baju dpd 100 tempahan.ni lagila nak kene maki ke apa! tailor eny kat kg tu lak kononnyer demam...last tak siap la...
sian betul...so nyer takkan la aku nak sepasang ngan akak ipar aku berdua jek, nasibla aku mmg beli baju kaler ijau, so selamat. sian la yang lelain. eny pakai baju gi kerja jek, samala ngan yg lelain. anak aku pun takde baju kurung tahun ni, ingtkan nak anto sama la kat situ, tapi hampeh. so dia pakai la gown, adik abang yang last pun pakai gown. lawak giler, meronda kampung pakai gown, abisla org tanya baju raya mana...hahah
okla, pas dah siap pagi tu, takde dah sesi mahap bermahap, semua berlangsung di ospital. singgah kejap umah mak tok, n terus ke ospital KB. sian abah, tu pun dah tengah hari baru kitorang sampai. adik abang yang tunggu pun tak makan lagi, coz semua kedai tutup. mmg tak bagi beraya la kot, tu yg baju sumer tak siap.

sampai jek semua, sesi salam bersalam...sedih jek tengok bila laki aku pun terasa sebak, n adala adegan kesat mengesat air mata...sesi bagi duit raya pada budak2 tu, sesi makan2 ...semuanya kat ospital. macam tak raya pulak. ramai gak rupanya beraya kat sini.



ni macam beraya kat obersea la pulak, pagi raya pakai gown,haha
muksu nye lagi takleh tahan

tengok...alya semayang sunat aidilfitri

dengan tokma nyer

the three of us, baju anak aku jek pink...so nak bagi peringatan kat diri sendiri...lain kali standby baju untuk anak yek!

ospital time
sesi bermaafan

sempat lagi tu

ha tu baju kerja eny, hehe kantoi la pulak, aku dah bagitau sumer

ni adik ipar aku yg tgh amik pmr...hopefully result with flying colours

inila keadaan sebenar masa memula tu...

Monday, October 12, 2009

Sebelum raya


Mood raya ada lagi ker? aku jek yang tak berapa nak beraya..almaklumla baru balik kursus yang maha karya panjang tu semalam. okeh sekrang aku nak hupdate citer raya.



aku raya kat besut tahun ni, hari rabu lagi dah balik, raya kan ahad. tiap2 ari gi ospital, 1 harijek aku tak gi sebabnya alya macam nak demam, tapi dedar sket jek, cepat2 bawak gi klinik, makan ubat, terus sihat. senang jek konsep aku, sebelum dia bebetul demam mmg aku kasik ubat cecepat, n demam itu akan hilang begitu saja...


dari umah ke ospital kat KB tu adalah dkat sejam, balik sejam . mmg penatla dalam keta , keje aku membutala, apalagi. kitorang gi dalam kol 12.00 sampaila balik kol 6 sampai umah, coz nak buka n beli makann itu ini. gi param kat stadium kat KB tu, pehhh banyak giler makanan, patutla laki aku duk bebel kat tangkak ni takde makanan sangat.memang ye pun berbeza giler. tapi tahap kebersihannya pun amat berbeza skali yek puan puan..ada skali jek kitorang buka kat kedai, tu pun tapow kat param n buka kat kedai tu. sajek nak rasa buka kat KB tu... n sempat gakla merayau pasar siti khadijah tu, memborong tudung2 raya..murah beb

cheeky girl
kat ospital

ni kat umah mak tok...muka takut

kat umah mak tok, pangkat tok nyang la ngan alya

kat param, segan pulak nak amik gambo kat makanan yang berlambak tu...

Tuesday, October 6, 2009

CERITA CERITI

Masa rehat ni sempatler aku nak update, tapi takde gambo tak seronokla pulak yek..nak citer pasal alya la pulak...
1. aku kursus kat intan, tp aku stay kat umah adik aku
2. tiap pagi kuo dari umah pukul 7.30, gi breakfast n terus ke intan
3. balik kol 4.30 , parents aku amik n terus balik umah
4. after maghrib, terus kuo jalan2 carik makan, satu kl kitorang meronda
5. kol 11 gitu terus zzzzz

itula aktiviti aku setiap hari, malam punya makan jangan cakapla, duk ngan mak bapak mmg beginila caranyer...hahaha..camni la ghayenye kalau aku berkursus, parents aku pun akan ukut sama, semuanyer sbb alya yang masih breasfeed...takleh nak berenggang malam, tentu mereka yg bf paham keadaan ini..tapi aku tak rasa susah pun, sebab aku nyer target nak susu kan dia sampai 2 tahun...ni dah 1 thn 9 bln so tak lama pun lagi...mmg ada niat nak bentikan awal, tapi mengenangkan dia mmg suka yang teramat2, maka sampai sekarangla berterusan...apa2 pun biarla dia dapat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik

alya skrg mmg macam2 aksinya...sejak duk kl ni, dia dah pandai nyanyi, kelakar dengar suara diatu, dulu setakat buai aju aju...sekrang dah leh full, dia asyik ulang...

" Apa dalam baju...sekuntum bunga cina"...berulang2 dia nyanyi.. n aku pun rekod kasik kat family nun di sana, semoga terubat rindu kalian kat budak sorang ni, hehe

mulutnya pulak mmg tak bentila membebel, ni aku tak taula ikut sapa...dah 2 malam ni leh tido ngan atuk dia, walaupun dalam menangis, so dapat la aku tido sorang2..hehe

ujung minggu ni takde kelas, maka aku bolehla berjalan dengan hati yang senang, coz laki aku pun ada sini, maka kami akan berjalan seperti zaman bujang dulu, kekeke...sok parents aku balik muo, bawak alya sekali, jadi aku akan membujangla di sini...

sekian, panjang betul bebel ni, bosan dengan kelas la katakan...

Bebel

Tengah kursus ni...ishhh nak kene cukupkan kursus 7 hari setahun ni...napala aku leh amik kursus ni...boringler penceramah ni...sket2 tanya, all Ok?Any Questions?dah la ajo tahap cipan punya laju...tak pk ke semua tengah merangkak ni....haiaaa tak nyempat lgsg aku nak bukak site2 ni...kalau terkelip sket alamatnyer terlepas la apa dia ajo....ish ish ish

Tak sempat lagi aku nak hupdate citer raya.banyak nak citer tapi apakan daya...ahakkksss..nampaknyer lepas raya la aku citer...kekeke...nak order marykay before 10hb ni....sapa2 nak order..silakan! sempat lagi tu

Monday, September 14, 2009

Last shopping

Weekend lepas ni, kitorang satu family gi kl, dah 2 tahun mcm tradisi la pulak gi shopping kat KL, hehe...macam best la pulak...last shopping, coz sok aku dah cuti ...balik kampung ...ooo...balik kampung...tapi kampung laki la...n hari raya ni rasa nya akan disambut dengan penuh keinsafan, sebabnya bapa mertuaku terlantar di hospital..nantila akan ku update citer citer ittew... so nyer tentula pas takbir raya bergema di pagi raya, kami akan terus ke hospital, dah boleh bayang semua pesakit2 terlantar sambil bergenang air mata, dan mungkin kami juga akan mengalirkan air mata, serius juga penyakit bapa mertuaku ini, tak sanggup nak citer sekarang,,, pas raya aku sambung...


budak kecik ni kalau disuruh angkat beg ni, dia akan kata berat berat..

pavillion, laki aku siap beli kasut futsal, aikk guna ker raya ni

kat playground .. pose takleh berendam belakang tu ...ehhh nasib tak patah kudatu,hehe

suka sangat ..kalau nampak benda2 camni, mesti sebut main main main

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin yek kepada semua..sok kami dah cuti, nak balik Besut, mulanya abang nak sangat berpose di kampung halaman, tapi minggu lepas jadi pulak kejadian yang tak diingini, tentunya kami tak sabar nak melawat my FIL di hospital...

Jumpa lagi semua...hati hati dijalan raya, n hulur hulurkan la duit raya untuk si kecik ini...ahakkss

Selamat Hari Raya

Barang dah sampai

Ingatkan nak wat blog khas untuk marykay, tapi tak sempatla...bermula dari jadi ahli hanya RM 180 dapat free gift yang memang berbaloi baloi tu...lepas tu bermula la mengambil order orang ramai...ramai ker??hihihi boleh la stage pertama ni... n dapat la barang2 yang diorder...puas hati rasanya bile berbisnes ni yek...alhamdulillah
parcel yang amat besar hasil dari menjadi ahli

dengan hanya rm 180, kita akan dapat ini semua, sangat berbaloi, beg besar kat belakang tu pun dapat tau, dapat foundation cleanser, moisturizer ngan alat2 nak facial tu, tester bagai

order pertama pun sampai, hanya satu hari online order terus dapat barang, best sungguh

So anda semua bila lagi, pakai la Marykay .. best sangat2 produk ni

Wednesday, September 2, 2009

Cantikkan wajah dengan Marykay

Kepada sesapa yang ingin menempah produk MaryKay...sila la contact saya ye...jangan segan segan...tempahan sedang dikumpul sekarang ... sila layari http://www.marykay.com.my/ untuk maklumat lanjut
Saya telah menggunakan produk marykay pada tahun ini, dan hasilnya sangat marvellous...sebelum ini, saya mempunyai masalah whitehead yang agak ketara di hidung dan dagu, dan juga tone kulit yang tidak sekata.

Sejak menggunakan produk skincare Marykay, perubahan pada kulit wajah amat ketara di mana ia lebih sekata dan masalah whitehead semakin berkurangan.

Saya juga telah mencuba makeup Marykay. Produk skincare Marykay menjadikan makeup saya semakin menyerlah. Foundation Marykay membuatkan kulit sy licin dan teksturnya yang amat ringan membuatkan kita seakan tidak berasa memakainya...


Skincare botanical set - cleanser, mask, freshener, moisturizer


Medium Coverage Foundation yang membuatkan kulit wajah menjadi licin



Mineral Powder Foundation yang menjadikan wajah menjadi gebu


Lip Mask -menyingkirkan sel mati pada bibir dan mengembalikan semula warna asal bibir

Lip Balm - melembap dan menyegarkan bibir

Makeup compact yang elegan - memuatkan blush dan eye shadow


Eyeliner sangat mudah dipakai


Lipstick yang tahan lama di bibir anda

tadaa....alya jugak yang ditayangnya ...ini wajah orang nak berbuka puasa..takdela bermakeup bagai...


Anda boleh lihat sendiri produk Marykay dengan melayari web site
www.marykay.com.my

Potong sudah

akibat terlalu rimas menengok rambut alya yang semakin panjang, so smlm pas masak utk berbuka, zasss kami pergi ke kedai nak kejekan rambut si kecik ni...sayang nak potong, almaklumla tak penah lagi potong rambut belakang dia , since pas cukur masa dalam pantang dulu...

tapi kalau tak potong sian pulak, dah masuk mulut, dia ni jenis tak suka ikat rambut, apa saja atas rambut dia tu, mesti ditariknya, jangan harapla dapat letak klip bagai...

ini la aksi2 di kedai rambut yang biasa kami terjah...

lihat dulu peralatan menggunting

amoi yang biasa menggunting rambut kami skeluarga...pandangan tepi rambut yang panjang itu

muka pasrah

redha jek la...

tadaaaa...pendek sudahhh...sekarang tiada masuk mata, tiada masuk mulut, lagi aktif dia malam tadi..adusss

Monday, August 31, 2009

Diapers free???

Cuti 3 hari lepasni, kitorang balik muo ajek, kemas2 umah...siap jual besi buruk lagi..haha...dapat gak la duit...bagus gak kan ada khidmat sebegini...lagipun umah makcik aku dah dasat sangat barang lama yang terkumpul..

ok nak citer pasal alya yang dah masuk setahun 8 bulan ni...lately hobby nyer adalah membuka diapers..geram sungguh...penat dah cakap alya dah taknak pakai diapers ker?bagus jugak...mmg dah dkt 2 minggu habit dia ni...dengan sluar semua dibukak nyer nak berlengging...ada paham kah perkataan ni?

dipendekkan citer, hari sabtu aritu, dia buka la diapers dia...so aku yg dah malas nak layan, cakap alya kalau nak kencing cakap yek...kencing dalam bilik air..pastu dia main2 halau kucing yang masuk umah kat dapur, jap lagi aku tgk dia masuk bilik air...aku jengah la...tengok2 dia tengah kencing berdiri...wah!!! aku terkezutla...dia dah pandai ker? budak umur 1 tahun 8 bulan dah boleh tak pakai diapers ker?then bagi la pujian dan sebagainyer....

pastu tiap kali aku pakai kan diapers, dia buka....issshhh penat tol...aku masih tak caya la dia leh kencing dalam bilik air tu...buat bersepah dia kencing kan..aiii mama jugak yang kena lap...

dah balik muo, pun dia bukak gak...penat aku tanya nak kencing tak? n sekali tu dia tunjuk bilik air...dia kencing lagi dalam bilik air...

semalam pun dah balik tangkak...dia taknak pakai diapers, bila aku tanya nak kencing?dia cakap nanak....bila dia dah rasa nak ... dia mesti pimpin tangan aku tuju bilik air, buka seluar dan dia pun kencing la....sekarang dah pandai kencing mencangkung...

so aku dah kira2 setakat 3 hari ni, ada la 3 kali dia dah kencing dalam bilik air...tak penah lagi membuang di tempat2 yang tak sepatutnya...

agaknya memang dah boleh diapers free ke, kawan-kawan sekalian???

alya mengetest semua carpet masa g kedai carpet aritu

ini la sesi menjual besi buruk...umah dah lama tak wat keje pembersihan..skali jual dapat la dekat 2 ratus

ha stor penyimpanan barang...haha...punya la banyak barang...orang tu tengah mencari barang...besi boleh, plastik boleh, kertas pun boleh

ok sesi timbang bermula...so sesapa nak dapatkan khidmat memungut dan menjual besi buruk ...leh la kontek mamat2 ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin