Pages

Showing posts with label Slimming. Show all posts
Showing posts with label Slimming. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Gasakan KG seterusnya


Apa yang ko letak gambo timbang tu hah? hahahhaha

My next target sudah bermula. .

Next target adalah 55 kg. Means , 4 kg kena bakar! Nampak sket kan tapi amat susah bagi aku. Dah 5 bln berat statik 59kg. Maka sudah sampai masanya untuk penurunan seterusnya.
Adalah kejap bulan puasa aritu turun 57, tp naik balik ke 59.

So start 16 Oktober 2013, diet bermula. Kita update lagi sebulan, samada turun atau statik atau naik? waaaa tidak....Semangat bebbb!

Tips...
Bangun pagi : Apple Cider
Sarapan : Wholemeal roti ijo gardenia tu 2 keping + telur 2 biji
10 pg : Biskut Hi Fibre
Lunch : Nasi sket, protein + sayur (takde minyak)
4ptg : Biskut Hi Fibre
After workout : ESP + Pisang
Dinner : Fitness Cereal paling takpun Roti Nan + Tandoori la :)

Harap2 dapatla kuat semangat dalam sebulan pun jadik la. Amin :)

 

Tuesday, October 8, 2013

Amalan Pemakanan


Salam pagi semua :)

Kali ni baru berkesempatan untuk bercerita tentang amalan pemakanan yang aku amalkan sejak misi kursus dari bulan Nov 2012 lagi.

Alang-alang ramai yang bertanya kenapa boleh turun berat badan, baik la aku abadikan ceritanya di sini. Soalan pertama orang tanya, Sakit keeee? Mintak dijauhkan, Nauzubillah..

Sebenarnya, ubah cara hidup. Itula kunci kekurusan aku :) Memang tak amalkan langsung pil kurus, ubat kurus, corset kurus ...apalagi alat-alat untuk kurus, memang aku tak amek, coz semua itu susah jalan sekiranya, kita tak ubah cara pemakanan dan cara hidup seharian.

Ok mari kita lihat, menu seharian aku.

Breakfast... yang ini baru cuba, Fitnesse Honey&Almond + Fresh milk


 
Atau macamni, Roti Fiber Gardenia yang plastik dia kaler ijautu + Fresh milk


Antara pukul 10 hingga 11 pg tu...

Kismis
 
Biskut Jacobs Hi Fibre
 

 
 
Lunch
 
Harus la balik umah masak. Kenapa kena masak?
1. Kita tau apa terbaik untuk kita makan...contohnya guna minyak Sunflower untuk menggoreng, tu pun guna sket je
2. Kena banyakkan makan ikan ke ayam ke yang di panggang / takda minyak langsung
3. Berasmathi
4. Sayur yang aku boleh makan, contohnya bayam, kobis brocolli. Sebab akuni bukannya makan semua jenis sayur.
5. Leh makan ikanke ayamke banyak2....kalau makan kedai nak makan proteinni banyak2 dah tentula sepinggan terus 10 hengget!
6. Last kali of course la , mencari keberkatan, kita masak untuk suami dan anak-anak makan, tentula lebih afdal kan, tak Gitu?

tu dia, kuali ikan sudah sampai, bolehla aku meng Grill, mengukus dan memasak tanpa minyak. samaje pun rasa kalau guna minyak pun!



lebih kurang gitu la lauk aku, ni masa yang tengah diet betul2. Nasi segenggam or less(kadang2 dalam 2 sudu je), ikan bakar mesti cecah kicap perah limau, n sayur, air masak. Memang tak menggiurkan pun, tapi dah 30 tahun makan sedap kan !
 
Pukul 3-4 petang.....Jacobs again!
 
Pukul 5-6 petang
 
Bersenam either at gym or taman kat kawasan perumahan aku (Hampir sejam, sebelum amek anak2)
 
 
 
Dinner

Kalau nak makan luar, makan ni la roti nan + ayam tandoori


atau pun salad buah + ayam rebus , letak la sket2 amyonis bagi sedap, atau pun roti telur cam makan breakfast tu lagi


Itu sahaja puan/puan sekalian. Bukan bermakna hari2 aku makan gini. Kalau makan gini cepat la kurusnya.Aku amek masa hampir 6 bulan untuk turun 10kg dengan cara seperti di atas. quiet lambat. Tapi most of the day, inila menu aku . Tapi sangat berbaloi. Memangla hujung minggu adalah cheat day aku, masa tu melantakla tapi beringat2 jugak yer! yang paling penting sekali aku sentiasa order air masak kalau nak minum, kat umah ke kat luoke air masak yer, no air manis2 !

So kepada yang sanggup kurus dengan cara akuni, silakan, ada banyaklagi tips2 lain . Next time la k aku cerita ceriti lagi :)

Yang penting, semangat kene kuat, disiplin kena kuat, percaya dan yakin atas diri anda . Sekian!
 

Wednesday, April 10, 2013

Entry Slimming Seterusnya

Salam semua...

Alhamdulillah azam dari azali lagi sudah dicapai....azali yang tak bleh tahan tu, sebab azam yang memang direnew dari setahun ke setahun la katakan, hihihi..............

Tu dia......bukan untuk menunjuk apalagi bermegah-megah cuma untuk catatan pencapaian diri sendiri. bukan banyak pun impian kita yang tercapai, so tak salahla kiranya tuan punya blog nak abadikan cerita ini.

Seperti entry sebelum ini, target dulu-dulu nak bawah 70 pun jadikla. bila dah dapat 69 dulu, punyela gembira. tapi sekarang, jarum penimbang Makmal Sains saksi segalanya. Sejak 3 tahun lepas agaknya duk berulang alik timbang. Bila kita nak timbang, harusla satu penimbang je, agar kejituan berat itu lebih terserlah, cehhhh gitu!!!

Jadi sekarang, tanggal 9 April 2013, jarum penimbang telah bergerak ke bawah 60...waaa....59.5kg....bangga la oooo takkan tak bangga dengan diri sendiri. Kepuasan yang maksimum nih!!!Usaha berterusan telah membuahkan hasil.



Dan ini pula, penimbang kat Fitness Concept. Korang boleh jek gi mana2 kedai ni, adalah penimbang ni. Yang bestnya timbang ni dapat kira lemak dalam badan. BMI tu dah tak kisah dah , coz dia merangkumi berat lemak, otot, tulang dan semua la. Yang kita pentingkan sekarang adalah total lemak dalam badan. So penimbang ni dapat mengukur lemak kita dan otot kita sekali.

Tu dia fat to lose...ada 0.2kg lagi. So kene buang la lemak ni kan?


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Tuhan berikan. Sekali lagi ini bukan entry menunjuk, cuma lebih gembira sekiranya dapat berkongsi cara hidup yang sihat dengan semua. Ini adalah corak pemakanan dan corak aktiviti hidup kita seharian. Cuma amalkan cara hidup sihat, itu adalah formula kejayaan penurunan berat badan saya hari ini, dan memang terbaik.

No diet, no pills, no starving....Cuma pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Key word entry kali ini.
 

Tuesday, March 26, 2013

Kurus oh Kurus



Coretan tentang usaha menurunkan berat badan. Azam yang memang dibawa ke hadapan dari setahun ke setahun....


Salam semua :) tabahla membaca coretan julung kalinye ini!

Nak kurus memang impian yang dah lama tersimpan. Semasa mengandungkan Alif Rayyan dulu, memang dah bertekad nak pantang sambil memakai corset PB. Tapi bila dah ceaser, 1 bln selepas bersalin baru aku gagahkan untuk mengorset kan diri. Memang seksa la , dahla panas, nak bf baby lagi, tapi orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih kan ?

Bermula la episod proses penurunan berat badan aku pada waktu itu
                                                               76 kg pada Mei 2011.
Pakai punye pakai corset plus berpantang makan bersungguh-sungguh. Naik je keje Julai 2011 berat                                              72 kg pada Julai 2011
Berat statik je lingkungan itu sehingga lepas bulan pose
                                                               68 kg pada Ogos 2012
Lepas je raya                                          70 kg pada September 2012
Itu ini                                                      68 semula pada November 2012

Itu semua kisah aku dengan memakai corset PB yang diharapkan boleh menguruskan. Plus mencube produk itu dan ini dalam matlamat menguruskan berat badan. Aku pakai PB ni dalam tempoh 1 tahun 5 bulan. cukup panjang untuk aku menilai keberkesanan sesuatu produk. dan sepanjang tempoh tu jugak, boleh dikira dengan jari berapa kali je aku tak pakai. punye la taksub dan percaya dengan kebolehan corset. Tapi once tak pakai badan yang seolah-olah terbentuk itu, terus seperti ingin menjadi bentuk asal....Haiaaa takkan selamanyer nak bercorset, ye tak!

Dan proses seterusnya bermula. Aku berjalan di taman memang dah hampir setahun. Tiap petang bawak anak2 gi beriadah kat taman. Masa tu la aku boleh berjalan 4 ke 5 pusingan taman. Kebetulan musim hujan pada November 2012, aku cube2 dekatkan diri dengan gym kat kolej pulak. Lama2 rasa seronok. dan aku pun mula mengajak rakan-rakan sekerja turun gym balik keja...sampaila kol 6. tak sampai pun sejam bersenam,  alhamdulillah ramai jugak yang turun. Maka bermula episod bersenam.

Dan dalam masa yang sama pulak terjumpa blog Kevin Zahri. Bertambah la semangat dengan tips-tips diajar. Mengira keperluan kalori 1 hari dengan kalori yang sepatutnya dimakan, benar2 dapat membantu. Selain mengawal makanan berlemak, berminyak, kurangkan nasi...(tapi masih boleh makan nasi..tu yg i looikkkeee) dan banyak lagila.

  "Kalau nak kurangkan berat dalam seminggu dalam 3-4kg contohnya, ini hanya boleh dicapai dengan kurangkan air! Lemak paling banyak pun dalam 1kg seminggu." 

Nampaknyer selama ni yg bile makan produk kurus, duk ulang alik toilet, dia hanya membuang air la, padan la boleh turun berkilo2, bila tak makan hambek mu! bukannya lemak yang tepu dalam badan ni yg ilang.....haiaaaa gali ilmu lagi nampaknye :)

Dan aku jugak pernah cube diet tanpa makan nasi. 3bln lamanyer tak makan nasi, 2kg je turun. tapi bila dah start makan, berat terus naik, tak menjadi juga!

Dan sampai sekarang masih bersenam, 16 Mac 2013 genap 4 bulan mengubah cara hidup kepada lebih sihat :)

dari 68 kg sekarang aku dah turun kepada 60 kg 

Alhamdulillah puas hati sangat2. Tambahan pulak lebih bertenaga dan lebih sihat dari dulu. Corset pun dah tak pakai sejak 4 bulan lepas.  


"Technically, mana2 korset bukanlah bakar lemak tapi ia “displaces” lemak. Maksudnya ia tolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawak untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Pada masa yang sama, tekanan korset kepada organ/badan menyukarkan untuk makan berlebihan tetapi tekanan itu pada organ tidak selesa dan of course, tak bagus untuk jangsa masa panjang.
Kalau korset untuk gabungkan infrared etc, itu “panaskan” kawasan di bawah korset (umpama sauna) yang akan tingkatkan metabolisme dan bakar kalori (tak semestinya lemak) extra. But again, probably taklah comfortable untuk dipakai for jangka masa berpanjangan."



Sangat tepat !!! baru 4 bln aku lebih puas hati dengan hasil dengan syarat kita yang kena ubah corak pemakanan harian. kalau tak sanggup nak ubah maksudnya sukar untuk kita capai berat ideal kita. Kalau tak bersenam pun takpe, asalkan kita bijak mengatur pemakanan. tapi aku senam untuk rasa badan lebih sihat n lebih fit. Sekarang ni kalau tak jogging , rasa tak sedap pulak, aiseyyy . Paling tak dapat pun aku mesti jogging atau paling takpun window shopping je setiap hari. takde hari pun yg tak terkecuali. Dah sampai macam tu la pulak!( tapi tak tau la pulak berapa boleh kekalkan cara hidup sebegini...hihihi)

Mari kita layan gambar

 ini memula masuk gym, pakai seluar besar la pulak. November 2012

 ini bulan Januari 2013, 2 bulan bersenam


ini Mac 2013, 4 bln bersenam

macam tak banyak beza la pulak....layan ni plak

DULU (Ogos 2010)
 KINI (Feb 2013)

DULU 2011


 KINI...abaikan messy gambo tu. dulu baju ni memang ketat . and now dah ok :)


dan ini gambar-gambar terkini

 



sekian . terima kasih membaca dengan penuh khusyuk ...hihihi. 

dan sekarang adalah target untuk fitkan diri ke cabaran mendaki gunung ledang ...bolehkah??? kita tungguuuuu coretan akan datang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin