Pages

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Saturday, August 30, 2014

Persiapan raya 2014

Motto : biar lambat asal ado!

Raya kali ni walaupun dah 8 bulan pregnant, semangat deco rumah tetap membuak-buak. Due aku 2/9/2014, maknanya aku sempatla beraya sebulan. So nak la rumah kasik up sket .

Antara yang sempat ditangkap adalah :

Sofa L Shape ni beli kat Muo. Nasib baik ngam dengan kawasan. Kufi Art 3 Kul tu pun baru letak :)


Satu almari putih di hujung sana, untuk letak barang perhiasan.


Tu je untuk ruang tamu. Budget ciput . Lagipun nak bersalin, banyak lagi nak pakai duit . Dan ni pulak siap2 basuh botol lama untuk simpan susu, dan Medela harmony ku. Tengok, nak beli pam Medela Freestyle sayang, tahan beli sofa.haha.

Kemas botol2 ni senang nak pakai bila dah bersalin nanti. Terus simpan dalam satu box. Dari segi baju pulak, aku carik baju2 lama Yaya (anak perempuan kalau tgk pada scan) basuh, dan topupla sket baju2 baru. Nak pack baju ke hospital. Lagipun satu hape pun tak sedia, masa ni dah hujung bulan Julai. Orang lain masuk 7 bln dah sibuk packing barang baby, aku ni dah masuk 8 bulan pun malas lagi, maklumla anak ke3.


Ni pulak ehsan dari KakakChinta, ada softcopy Ayat 3 Kul bentuk Kufi ni. So gigihla print kat kedai Aking Muo tu, then anto frame. Cantik kan !

Ini rumah aku punyer


Ini pulak KakakChinta punyer. Very the marbeles

Eh ada pulak, satu jek ko baju raya tahun ni. Sedey :( malas nak wat baju, nak beranak dah pasni bukan pakai pun). Tempah dress kat Tangkak, pastu hantar jahit patch lace kat fb Sri Norhafeeza Abd Razak

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Assalamualaikum semua...Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat hari raya , mahap zahir dan batin. Mood raya lebey kurang aje tahun ni, mungkin disebabkan pembawakan budak, nak shooping malas...uuuihhh pelik ni. kalau tidak mesti dah sopping sampai ke KL...apa2 pun selamat la duit tahun ni, bila aku sudah beralih arah...

Raya tahun ni giliran umah ku di Muar, tapi raya kedua balik Besut sudaaa... pape pun semoga selamat pergi dan balik beraya n same to all of you....hati2 di jalan raya...

Dan sudah semestinya mood makan akan bertambah bulan Syawal ni... bulan Ramadhan dapat turun 2 kg je, mintak2 la pasni naik sekilo jek sebulan...boleh gitu? waaaa baru nak start Kurus Tag Team Challenge kat kolej ni...dah terpaksa undur diri....Takpela lagi 9 bulan, aku join semula ye kawan-kawan...hahhaha

Okla selamat hari raya yek sumer....will update with more pictures naik cuti raya nanti ...insyaAllah :)


Tuesday, October 13, 2009

Raya Day 1

Hari raya pertama...semua baju raya tak siap. hah?? apa sudah jadi! last2 baju aku ngan akak ipar aku jek yang ada, coz masing2 jahit kat tempat sendiri. tapi baju yang tak sedap langsung dipakai, sakit betul ati ngan tailor sorang kat tangkak ni, dahla bodoh sombong, wat baju pun tak reti, pastu cakap besar. sian eny, baju dia dah macam sarung nangka dah masa pakai tu, ketat giler, sampai dia volunteer nak belikain lain. kononnya siap la rabu, bila kitorang datang, dia kata takda dah kain nyer kat jakel, kl dia gi ngan sgmat pun dia gi, tapi takde. pastu kitorang tanyala, napa tak call? boleh dia jawab, ala kalau call pun bukan boleh wat apa! apake tongong manusia ni. dah la nak raya, leh la tempah kedai yang pandai jahit daripada kedai dia yang sederet ngan maybank tu! last2 dia pulangkan duit... baju aku, aku redha jek la walaupun cutting baju ni tak sepadan langsung dengan badan...malas nak bergaduh ngan minah camtu

ni nak citer apa ni sebeno nyer?hehhe...baju ni sebenarnya baju boria la, tiap tahun mmg akan ada baju borang bg pompuan2 semelaya ni. baju adik beradik yang lain pulak, citer nye, kononnya pekerja tailor ni lari. dia hanya siap 25 baju dpd 100 tempahan.ni lagila nak kene maki ke apa! tailor eny kat kg tu lak kononnyer demam...last tak siap la...
sian betul...so nyer takkan la aku nak sepasang ngan akak ipar aku berdua jek, nasibla aku mmg beli baju kaler ijau, so selamat. sian la yang lelain. eny pakai baju gi kerja jek, samala ngan yg lelain. anak aku pun takde baju kurung tahun ni, ingtkan nak anto sama la kat situ, tapi hampeh. so dia pakai la gown, adik abang yang last pun pakai gown. lawak giler, meronda kampung pakai gown, abisla org tanya baju raya mana...hahah
okla, pas dah siap pagi tu, takde dah sesi mahap bermahap, semua berlangsung di ospital. singgah kejap umah mak tok, n terus ke ospital KB. sian abah, tu pun dah tengah hari baru kitorang sampai. adik abang yang tunggu pun tak makan lagi, coz semua kedai tutup. mmg tak bagi beraya la kot, tu yg baju sumer tak siap.

sampai jek semua, sesi salam bersalam...sedih jek tengok bila laki aku pun terasa sebak, n adala adegan kesat mengesat air mata...sesi bagi duit raya pada budak2 tu, sesi makan2 ...semuanya kat ospital. macam tak raya pulak. ramai gak rupanya beraya kat sini.



ni macam beraya kat obersea la pulak, pagi raya pakai gown,haha
muksu nye lagi takleh tahan

tengok...alya semayang sunat aidilfitri

dengan tokma nyer

the three of us, baju anak aku jek pink...so nak bagi peringatan kat diri sendiri...lain kali standby baju untuk anak yek!

ospital time
sesi bermaafan

sempat lagi tu

ha tu baju kerja eny, hehe kantoi la pulak, aku dah bagitau sumer

ni adik ipar aku yg tgh amik pmr...hopefully result with flying colours

inila keadaan sebenar masa memula tu...

Monday, October 12, 2009

Sebelum raya


Mood raya ada lagi ker? aku jek yang tak berapa nak beraya..almaklumla baru balik kursus yang maha karya panjang tu semalam. okeh sekrang aku nak hupdate citer raya.



aku raya kat besut tahun ni, hari rabu lagi dah balik, raya kan ahad. tiap2 ari gi ospital, 1 harijek aku tak gi sebabnya alya macam nak demam, tapi dedar sket jek, cepat2 bawak gi klinik, makan ubat, terus sihat. senang jek konsep aku, sebelum dia bebetul demam mmg aku kasik ubat cecepat, n demam itu akan hilang begitu saja...


dari umah ke ospital kat KB tu adalah dkat sejam, balik sejam . mmg penatla dalam keta , keje aku membutala, apalagi. kitorang gi dalam kol 12.00 sampaila balik kol 6 sampai umah, coz nak buka n beli makann itu ini. gi param kat stadium kat KB tu, pehhh banyak giler makanan, patutla laki aku duk bebel kat tangkak ni takde makanan sangat.memang ye pun berbeza giler. tapi tahap kebersihannya pun amat berbeza skali yek puan puan..ada skali jek kitorang buka kat kedai, tu pun tapow kat param n buka kat kedai tu. sajek nak rasa buka kat KB tu... n sempat gakla merayau pasar siti khadijah tu, memborong tudung2 raya..murah beb

cheeky girl
kat ospital

ni kat umah mak tok...muka takut

kat umah mak tok, pangkat tok nyang la ngan alya

kat param, segan pulak nak amik gambo kat makanan yang berlambak tu...

Monday, September 14, 2009

Last shopping

Weekend lepas ni, kitorang satu family gi kl, dah 2 tahun mcm tradisi la pulak gi shopping kat KL, hehe...macam best la pulak...last shopping, coz sok aku dah cuti ...balik kampung ...ooo...balik kampung...tapi kampung laki la...n hari raya ni rasa nya akan disambut dengan penuh keinsafan, sebabnya bapa mertuaku terlantar di hospital..nantila akan ku update citer citer ittew... so nyer tentula pas takbir raya bergema di pagi raya, kami akan terus ke hospital, dah boleh bayang semua pesakit2 terlantar sambil bergenang air mata, dan mungkin kami juga akan mengalirkan air mata, serius juga penyakit bapa mertuaku ini, tak sanggup nak citer sekarang,,, pas raya aku sambung...


budak kecik ni kalau disuruh angkat beg ni, dia akan kata berat berat..

pavillion, laki aku siap beli kasut futsal, aikk guna ker raya ni

kat playground .. pose takleh berendam belakang tu ...ehhh nasib tak patah kudatu,hehe

suka sangat ..kalau nampak benda2 camni, mesti sebut main main main

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin yek kepada semua..sok kami dah cuti, nak balik Besut, mulanya abang nak sangat berpose di kampung halaman, tapi minggu lepas jadi pulak kejadian yang tak diingini, tentunya kami tak sabar nak melawat my FIL di hospital...

Jumpa lagi semua...hati hati dijalan raya, n hulur hulurkan la duit raya untuk si kecik ini...ahakkss

Selamat Hari Raya

Monday, November 10, 2008

Gambar Studio @ Raya

Akhirnya gambar raya kat studio siap! actually lama dah siap cuma tak beramik jek...
ok ada 3 shot, famillies, kitorang bertiga beranak, n mat abah ngan mak
dan semua gambar ni saya sangat suka...canteekkk..kitorang amek gambo ni kat top's studio kat muo la mana lg, tempat tanah tumpah darah ku...hehe

ini la family ku - belakang - ija, mat, abang n me
depan - abah, mak n babyku nuralya batrisyia

mat, abah n mak

our happy family - abang, me n alya (rantai tu, tok ma adiahkan, hehe)

alya rupa sapa yekkkk????

Sunday, October 26, 2008

Open House Mat..

Arini satu hari open house bermula..


Saturday, October 25, 2008

Open House

Arini ada 3 open house, tp 2jek sempat aku gi, ina n masayu...

Lebey kurang pulak bajunya...tu the day before

Tuesday, October 21, 2008

Duit Raya

Semalam kami duk mengira duit raya alya...selagi belum habis raya, selagi itu harus kumpul lagi...so ini adalah yg kat tangkak...kat muo ada lagi dah tinggalkan, takkan nak duk usung merata duit dia ni, abis aku pakai nanti...oppsss untuk makluman mama tak guna langsung yek duit anak mama ni, semuanya telah dimasukkan ke ASD, so bila alya dah besar nanti, adalah duit bekalan untuk dirimu...bila abis raya nanti mama masukkan yek sayang! sket lagi untuk capai target... target nya berapa?? tungguuuu....

Wednesday, October 15, 2008

Rumah Terbuka Rumahku

Malam ini adalah open house kecil2lan umah ku, tak ramai pun cuma rakan2 seperempuan sahaja, n kalau lelaki just jiran jek...so jgn kecik ati yek.tahun ni bukan taknak ajak semua, tapi takde kakitangan untuk menolong, tambahan alya tengah lasak, asyik nak ikut aku ke mana saja, so agak susah la jugak untuk buat itu dan ini. Okeh bermula 8 malam, sampai 10.30 semua yang dijemput hadir, thanks to all yg datang...
antara menunya, mee n meehoon soto, bergedil, lengkong n kuih raya, itu sajek ...dan suasana sungguh meriah dengan anak2 member yang ramai ... alya la yg seronoknya, sampai akhirnya menangis nak tido...





Monday, October 13, 2008

Makan lagik!

Semalam satu ari bersama student...mana taknya tghari jamuan raya makan ngan student malam nyer pun open house faiz pun ngan student...tak bestnya la tahun ni adake open college watkat kolej???biasanya wat kat otel...sunggu tak mesra alam.takde family gathering padahal benda tu la yg bestnya, berhibur sesama family.inilah masanya utk kita berjumpa sesama rakan sekerja, berkenalan dengan family masing-masing. So tahun ni takde dah benda2 ni semua, maka kitorang datang makan jekla, umpama makan tghari cuma lauknya nye la bertemakan ari raya, tapi takde mood raya pun...takde lagu raya, takde cabutan bertuah, takde denda mendenda as usual kat otel...semua takde...tak best kan???

ni petang smlm, aku duk berdua ngan alya, abang gi main badminton. alya ni dah ngantuk tpi tak nak tido, aku pun bagila dia main...korek2 rambut dora ni, pastu dia main kat meja, diri2 pastu duduk terentak dagu dia kat cermin, nangis sket,aku dukongla...pastu main getah lak...dia tarik2 lepas kat mulut dia, sakitla kot nangis lagi...terus aku pujuk susukan n terus dia tido...hahaha zalim tak???

Sunday, October 12, 2008

Open house

weekend lepas ni aktivitinya adalah gi open house n balik muo
let's see the picasss

kak mun's house


pah's house


kak ya's house


am's house


shukri's house - actually ni kami gi beraya

pastu banyaklagi umah yang tak berambil gambo...

Thursday, October 9, 2008

Aktiviti Raya

Ok dah tak tercerita ni, tgk gambojekla...antara aktiviti balik kampung ni...jalan jekla kejenye

mandi manda di Lata Belatan...bako ayam lagik!









mancing ni...best la...first time lagik!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin