Coretan tentang usaha menurunkan berat badan. Azam yang memang dibawa ke hadapan dari setahun ke setahun....
Salam semua :) tabahla membaca coretan julung kalinye ini!
Nak kurus memang impian yang dah lama tersimpan. Semasa mengandungkan Alif Rayyan dulu, memang dah bertekad nak pantang sambil memakai corset PB. Tapi bila dah ceaser, 1 bln selepas bersalin baru aku gagahkan untuk mengorset kan diri. Memang seksa la , dahla panas, nak bf baby lagi, tapi orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih kan ?
Bermula la episod proses penurunan berat badan aku pada waktu itu
76 kg pada Mei 2011.
76 kg pada Mei 2011.
Pakai punye pakai corset plus berpantang makan bersungguh-sungguh. Naik je keje Julai 2011 berat 72 kg pada Julai 2011
Berat statik je lingkungan itu sehingga lepas bulan pose
68 kg pada Ogos 2012
Lepas je raya 70 kg pada September 2012
Berat statik je lingkungan itu sehingga lepas bulan pose
68 kg pada Ogos 2012
Lepas je raya 70 kg pada September 2012
Itu ini 68 semula pada November 2012
Itu semua kisah aku dengan memakai corset PB yang diharapkan boleh menguruskan. Plus mencube produk itu dan ini dalam matlamat menguruskan berat badan. Aku pakai PB ni dalam tempoh 1 tahun 5 bulan. cukup panjang untuk aku menilai keberkesanan sesuatu produk. dan sepanjang tempoh tu jugak, boleh dikira dengan jari berapa kali je aku tak pakai. punye la taksub dan percaya dengan kebolehan corset. Tapi once tak pakai badan yang seolah-olah terbentuk itu, terus seperti ingin menjadi bentuk asal....Haiaaa takkan selamanyer nak bercorset, ye tak!
Dan proses seterusnya bermula. Aku berjalan di taman memang dah hampir setahun. Tiap petang bawak anak2 gi beriadah kat taman. Masa tu la aku boleh berjalan 4 ke 5 pusingan taman. Kebetulan musim hujan pada November 2012, aku cube2 dekatkan diri dengan gym kat kolej pulak. Lama2 rasa seronok. dan aku pun mula mengajak rakan-rakan sekerja turun gym balik keja...sampaila kol 6. tak sampai pun sejam bersenam, alhamdulillah ramai jugak yang turun. Maka bermula episod bersenam.
Dan dalam masa yang sama pulak terjumpa blog Kevin Zahri. Bertambah la semangat dengan tips-tips diajar. Mengira keperluan kalori 1 hari dengan kalori yang sepatutnya dimakan, benar2 dapat membantu. Selain mengawal makanan berlemak, berminyak, kurangkan nasi...(tapi masih boleh makan nasi..tu yg i looikkkeee) dan banyak lagila.
"Kalau nak kurangkan berat dalam seminggu dalam 3-4kg
contohnya, ini hanya boleh dicapai dengan kurangkan air! Lemak paling banyak
pun dalam 1kg seminggu."
Nampaknyer selama ni yg bile makan produk kurus, duk ulang alik toilet, dia hanya membuang air la, padan la boleh turun berkilo2, bila tak makan hambek mu! bukannya lemak yang tepu dalam badan ni yg ilang.....haiaaaa gali ilmu lagi nampaknye :)
Dan aku jugak pernah cube diet tanpa makan nasi. 3bln lamanyer tak makan nasi, 2kg je turun. tapi bila dah start makan, berat terus naik, tak menjadi juga!
Dan aku jugak pernah cube diet tanpa makan nasi. 3bln lamanyer tak makan nasi, 2kg je turun. tapi bila dah start makan, berat terus naik, tak menjadi juga!
Dan sampai sekarang masih bersenam, 16 Mac 2013 genap 4 bulan mengubah cara hidup kepada lebih sihat :)
dari 68 kg sekarang aku dah turun kepada 60 kg
Alhamdulillah puas hati sangat2. Tambahan pulak lebih bertenaga dan lebih sihat dari dulu. Corset pun dah tak pakai sejak 4 bulan lepas.
"Technically, mana2 korset bukanlah bakar lemak tapi ia “displaces” lemak. Maksudnya ia tolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawak untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Pada masa yang sama, tekanan korset kepada organ/badan menyukarkan untuk makan berlebihan tetapi tekanan itu pada organ tidak selesa dan of course, tak bagus untuk jangsa masa panjang.
Kalau korset untuk gabungkan infrared etc, itu “panaskan” kawasan di bawah korset (umpama sauna) yang akan tingkatkan metabolisme dan bakar kalori (tak semestinya lemak) extra. But again, probably taklah comfortable untuk dipakai for jangka masa berpanjangan."
Sangat tepat !!! baru 4 bln aku lebih puas hati dengan hasil dengan syarat kita yang kena ubah corak pemakanan harian. kalau tak sanggup nak ubah maksudnya sukar untuk kita capai berat ideal kita. Kalau tak bersenam pun takpe, asalkan kita bijak mengatur pemakanan. tapi aku senam untuk rasa badan lebih sihat n lebih fit. Sekarang ni kalau tak jogging , rasa tak sedap pulak, aiseyyy . Paling tak dapat pun aku mesti jogging atau paling takpun window shopping je setiap hari. takde hari pun yg tak terkecuali. Dah sampai macam tu la pulak!( tapi tak tau la pulak berapa boleh kekalkan cara hidup sebegini...hihihi)
Mari kita layan gambar
ini memula masuk gym, pakai seluar besar la pulak. November 2012
ini bulan Januari 2013, 2 bulan bersenam
ini Mac 2013, 4 bln bersenam.
macam tak banyak beza la pulak....layan ni plak
DULU (Ogos 2010)
KINI (Feb 2013)
DULU 2011
KINI...abaikan messy gambo tu. dulu baju ni memang ketat . and now dah ok :)
dan ini gambar-gambar terkini
sekian . terima kasih membaca dengan penuh khusyuk ...hihihi. macam tak banyak beza la pulak....layan ni plak
DULU (Ogos 2010)
KINI (Feb 2013)
DULU 2011
dan ini gambar-gambar terkini
dan sekarang adalah target untuk fitkan diri ke cabaran mendaki gunung ledang ...bolehkah??? kita tungguuuuu coretan akan datang
No comments:
Post a Comment