Pages

Wednesday, April 10, 2013

Entry Slimming Seterusnya

Salam semua...

Alhamdulillah azam dari azali lagi sudah dicapai....azali yang tak bleh tahan tu, sebab azam yang memang direnew dari setahun ke setahun la katakan, hihihi..............

Tu dia......bukan untuk menunjuk apalagi bermegah-megah cuma untuk catatan pencapaian diri sendiri. bukan banyak pun impian kita yang tercapai, so tak salahla kiranya tuan punya blog nak abadikan cerita ini.

Seperti entry sebelum ini, target dulu-dulu nak bawah 70 pun jadikla. bila dah dapat 69 dulu, punyela gembira. tapi sekarang, jarum penimbang Makmal Sains saksi segalanya. Sejak 3 tahun lepas agaknya duk berulang alik timbang. Bila kita nak timbang, harusla satu penimbang je, agar kejituan berat itu lebih terserlah, cehhhh gitu!!!

Jadi sekarang, tanggal 9 April 2013, jarum penimbang telah bergerak ke bawah 60...waaa....59.5kg....bangga la oooo takkan tak bangga dengan diri sendiri. Kepuasan yang maksimum nih!!!Usaha berterusan telah membuahkan hasil.



Dan ini pula, penimbang kat Fitness Concept. Korang boleh jek gi mana2 kedai ni, adalah penimbang ni. Yang bestnya timbang ni dapat kira lemak dalam badan. BMI tu dah tak kisah dah , coz dia merangkumi berat lemak, otot, tulang dan semua la. Yang kita pentingkan sekarang adalah total lemak dalam badan. So penimbang ni dapat mengukur lemak kita dan otot kita sekali.

Tu dia fat to lose...ada 0.2kg lagi. So kene buang la lemak ni kan?


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Tuhan berikan. Sekali lagi ini bukan entry menunjuk, cuma lebih gembira sekiranya dapat berkongsi cara hidup yang sihat dengan semua. Ini adalah corak pemakanan dan corak aktiviti hidup kita seharian. Cuma amalkan cara hidup sihat, itu adalah formula kejayaan penurunan berat badan saya hari ini, dan memang terbaik.

No diet, no pills, no starving....Cuma pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Key word entry kali ini.
 

2 comments:

mamaairis said...

alamakkkk...tuan tanah gym dah berjaya nih...anak buah terkntang kanting ni apa cer....hadddoooiiii...takpe2 kita follow..ahahahahaha...
janji tinggal janji jek ler....ahahaha

nor_azida said...

anak buah semua dah lari, terima la seadanya...hahhahahahha. bawak bawak la ke pangkal jalan wahai anak-anak buah sekalian! hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin