Pages

Wednesday, November 27, 2013

Konvokesyen Abim 2013


 Sekitar Majlis Konvokesyen Abim 2013.

  Barisan anak2 6 tahun

 Pikah n Huda , anak2 sama opismate

 My opismate, Kakzi. Harusla i pakai jubah ini hari, hihi :)

 makan donut dulu. Yaya makan sket je, pastu la maknye ni la yang abiskan


 pakai jubah gilir2

 siap sedia nak naik pentas 

 yeay....graduate sudah 

 gambar ngan mama 

n papa too. Rayyan tak ikut :(

Tuesday, November 26, 2013

INOREKA 2013


Inoreka 2013 Kolej Komuniti Ledang adalah bertemakan Kitar Semula Bahan Terbuang. So aku dan Kak Ya (opismate) telah menubuhkan kumpulan DECO LADIES. Produk kami diberi nama Multipurpose Console Table. Daripada mood nak deco rumah terus di bawa kepada pertandingan.

Ini idea bermula....ruangan kosong dalam rumah

 
dan ini lah produk yang dah siap. Console table yang menempatkan lampu hias, cermin dekorasi, bekas tisu, bekas kunci/remote, bekas majalah dan bekas cd. 


 


dan ini antara bahan-bahan terbuang yang digunakan


dan tibalah hari pembentangan di Kolej



 
dan yang paling penting.....menang!!! tempat ketiga :) Rm 100 tunai.

tempat pertama kumpulan Mihazma, tempat kedua Super 8. Masing2 berlumba nak menang, nasib ada hasil yo! ahaksss


Tahun depan InsyaAllah masuk lagi :)
 

Thursday, October 17, 2013

Gasakan KG seterusnya


Apa yang ko letak gambo timbang tu hah? hahahhaha

My next target sudah bermula. .

Next target adalah 55 kg. Means , 4 kg kena bakar! Nampak sket kan tapi amat susah bagi aku. Dah 5 bln berat statik 59kg. Maka sudah sampai masanya untuk penurunan seterusnya.
Adalah kejap bulan puasa aritu turun 57, tp naik balik ke 59.

So start 16 Oktober 2013, diet bermula. Kita update lagi sebulan, samada turun atau statik atau naik? waaaa tidak....Semangat bebbb!

Tips...
Bangun pagi : Apple Cider
Sarapan : Wholemeal roti ijo gardenia tu 2 keping + telur 2 biji
10 pg : Biskut Hi Fibre
Lunch : Nasi sket, protein + sayur (takde minyak)
4ptg : Biskut Hi Fibre
After workout : ESP + Pisang
Dinner : Fitness Cereal paling takpun Roti Nan + Tandoori la :)

Harap2 dapatla kuat semangat dalam sebulan pun jadik la. Amin :)

 

Tuesday, October 8, 2013

Amalan Pemakanan


Salam pagi semua :)

Kali ni baru berkesempatan untuk bercerita tentang amalan pemakanan yang aku amalkan sejak misi kursus dari bulan Nov 2012 lagi.

Alang-alang ramai yang bertanya kenapa boleh turun berat badan, baik la aku abadikan ceritanya di sini. Soalan pertama orang tanya, Sakit keeee? Mintak dijauhkan, Nauzubillah..

Sebenarnya, ubah cara hidup. Itula kunci kekurusan aku :) Memang tak amalkan langsung pil kurus, ubat kurus, corset kurus ...apalagi alat-alat untuk kurus, memang aku tak amek, coz semua itu susah jalan sekiranya, kita tak ubah cara pemakanan dan cara hidup seharian.

Ok mari kita lihat, menu seharian aku.

Breakfast... yang ini baru cuba, Fitnesse Honey&Almond + Fresh milk


 
Atau macamni, Roti Fiber Gardenia yang plastik dia kaler ijautu + Fresh milk


Antara pukul 10 hingga 11 pg tu...

Kismis
 
Biskut Jacobs Hi Fibre
 

 
 
Lunch
 
Harus la balik umah masak. Kenapa kena masak?
1. Kita tau apa terbaik untuk kita makan...contohnya guna minyak Sunflower untuk menggoreng, tu pun guna sket je
2. Kena banyakkan makan ikan ke ayam ke yang di panggang / takda minyak langsung
3. Berasmathi
4. Sayur yang aku boleh makan, contohnya bayam, kobis brocolli. Sebab akuni bukannya makan semua jenis sayur.
5. Leh makan ikanke ayamke banyak2....kalau makan kedai nak makan proteinni banyak2 dah tentula sepinggan terus 10 hengget!
6. Last kali of course la , mencari keberkatan, kita masak untuk suami dan anak-anak makan, tentula lebih afdal kan, tak Gitu?

tu dia, kuali ikan sudah sampai, bolehla aku meng Grill, mengukus dan memasak tanpa minyak. samaje pun rasa kalau guna minyak pun!



lebih kurang gitu la lauk aku, ni masa yang tengah diet betul2. Nasi segenggam or less(kadang2 dalam 2 sudu je), ikan bakar mesti cecah kicap perah limau, n sayur, air masak. Memang tak menggiurkan pun, tapi dah 30 tahun makan sedap kan !
 
Pukul 3-4 petang.....Jacobs again!
 
Pukul 5-6 petang
 
Bersenam either at gym or taman kat kawasan perumahan aku (Hampir sejam, sebelum amek anak2)
 
 
 
Dinner

Kalau nak makan luar, makan ni la roti nan + ayam tandoori


atau pun salad buah + ayam rebus , letak la sket2 amyonis bagi sedap, atau pun roti telur cam makan breakfast tu lagi


Itu sahaja puan/puan sekalian. Bukan bermakna hari2 aku makan gini. Kalau makan gini cepat la kurusnya.Aku amek masa hampir 6 bulan untuk turun 10kg dengan cara seperti di atas. quiet lambat. Tapi most of the day, inila menu aku . Tapi sangat berbaloi. Memangla hujung minggu adalah cheat day aku, masa tu melantakla tapi beringat2 jugak yer! yang paling penting sekali aku sentiasa order air masak kalau nak minum, kat umah ke kat luoke air masak yer, no air manis2 !

So kepada yang sanggup kurus dengan cara akuni, silakan, ada banyaklagi tips2 lain . Next time la k aku cerita ceriti lagi :)

Yang penting, semangat kene kuat, disiplin kena kuat, percaya dan yakin atas diri anda . Sekian!
 

Sunday, September 29, 2013

Ruang Dapur

Entry kali ini adalah disebabkan kerterujaan melihat blog2 di pasaran, yg sangat kreatif dalam aktiviti menyusun. Disebabkan aku ni tak kreatif, maka adalah perlu untuk meniru mana yang baik, tak gitu?

Sepatutnya dah lama citer pasal rumahni, tp tau2 ajekla, mana ada masa nak ngadap semuani, rumah takde internet!!!
 
Okeh nak citer pasal dapur jek pun. Weekend lepas terajin la pulak snap semua sudut yang ada kat dapur ni. Aku tak kreatif, so aku suh Pereka kitchen cabinet ni wat siap2 bahagian yang perlu untuk menampakkan dapur ini kemas, elegan dan senang capai. Seperti ada tempat storage barang2 makan, ada tempat nak letak periuk belanga, tong gas aku letak kat luar rumah terus, selamat jika gas bocor katanya, ada ruang nak letak rak pinggan, penapis air dan sebagainya.

Inila rupa dapurku. Tingkap tu aku tinted separuh, atas je cover dengan blind.



Ini pulak pandangan sebelahnya.

- Kitorang memang masak setiap hari.So stok makanan memang kena sentiasa ada.
- Tempat bawang tu open sahaja, dulu memang pakai brand Tupperware yg untuk isi bawang tu, last2 bawang tak sempat abis, dah busuk, sebabnya tertutup,memang ada lubang angin tapi tak memadai, buang duit ajo!
- Microwave tu kitorang letak situ je, senang untuk panas memanas.
- Telur pulak mesti beli sepapan, letak jekla atas peti tu, takdela Rayyan gapai nanti.
- Depan fridge, kebanyakannya kawan 2 kasik la fridge magnet tu, n gambar keluarga sket.
- Belah kiri tu, storage makanan.
- Rak atas utk bekas yang agak ringan
- Rak bawah untuk brg berat


 
Okeh, inila tempat storage barang-barang tu
- tingkat atas, stok susuke, minumanker
- tingkat 2 - Minuman n all the vitamins
- tingkat 3 - Barang untuk masak: garam, aji, serbuk kunyit, segala rempah ratus ada dalam Tupperware ijo ikea tu
- tingkat 4 - semua plastic yang dah dibuka, dan masih ada kandungannya, tight je pakai tight ikea tu
- tingkat 5 - stok makanan yang belum dibuka

Memang tak kreatif pun, sbb tu la design benda ni, senang aku sumbat je semua stok yang ada, yang penting Nampak dari luar, kemas !

 
Ini pulak pandangan petiku, abis semua sayur aku siang n masuk dalam bekas ni, senang nak masak.

 
Ini salah satu bahagian kat atas. aku letak semua polistrin yang ada, baki2 wat open house, n bawah tu, semua Tupperware/bekas...senang nak amek bila dah susun gitu.

Tu kettle letric baru lagi pakainya, senang sentiasa warm air nya, nak wat susuke air panas ke, semua senang :)

 
Ini, pulak simpan semua botol air yaya, sekolah baru 2 tahun dah mcm2 botol air dimintanya

N bawah tu, Gelas n cawan minum air panas.

 
Tengok kat dapur ada kuali, maksudnya aku masak la tu :)

Bahagian atas, rak pinggan yang dah kering. So bila nak jalan jauhker, make sure semua simpan situ, takdela kena laluan lipaske cicakke. haissshhh

Bawah tu, rek pinggan yang baru dibasuh, kalau tak cukup, kat sinik sebelah tu aku taruk.

Waterr  filter letak situ, n tu air yg dah ditadah, nanti tinggal masak jek. Masuk bekas lain pulak, kena sentiasa ada air coz, aku minum 3 Liter sehari :) 

 
Bawah sink ni, tempat letak stok barang rumah. Nanti2la kalau jumpa bekas yang proper supaya lebih kemas storage di kawasan ni.

N tempat letak minyak, yes saya gunakan Minyak matahari ni untuk kesihatan, tp kalau nak menggoreng banyak sepertia ayamke, saya gunakan minyak cap buruh lebih murah, hihi.

Stok plastic sampah jugak

 
Ini pulak ruang letak periuk belanga , bawah dapur.

 
Ada lagi rak ni sebenarnya baru tambah, lepas make over bilik Yaya aritu. Sayang pulak nak buang, so letak kat depan bilik air ni, Sumbat je barang2 seperti rotike, pape jekla yang agak2 boleh sumbat :)

Tu air yang dah masak :)

 
Last but not least, Yaya sentiasa belajar masak dengan mamanyer yang tak bapa pandai masak ni ..hihi

 
Sekian dulu cerita dapur kami .

 

Monday, August 12, 2013

Buka pose

 

Lama benar rasanye tak update cite makan-makan. Ni dia citer masa buka puasa kat Menara KL aritu. Dan nak celebrate besday akak aku sebanarnya. Gambar2 memang gelap, samala dengan keadaan dalam tu yang suram. Boleh pening kepala, makan dalam gelapni. Tapi dah orang belanja, alhamdulillah. Nak tunggu gi sendiri, memang idokla rasanye, hehe.
 
Okeh layan gambar ajekla yek. 
 
 



Project raya

Alhamdulillah bertemu kita di hari raya ini, hehe. Napala aku ni malas betul nak hupdate, taktau la yerk!

Mari kita wat post lama. Projek raya kali ini, bukannya nak make up ruang tamu ke ruang makan ke, tapi make up bilik dulu. apa pun tak bole. Untuk keselesaan katanya, aku memang tak suka tempat bersepah.

Ok ini projek bilik Yaya. Memang dah lama nak belikan dia meja study. Kesian tgk dia meniarap jek kalau wat homework. Ingatkan nak belikan meja aje, tp macam tak bapa cantik la pulak main letak2 gitu jek. So alang-alang Cina tukang perabot ni dah dtg, mintakla dia ukurkan meja study, shelf dan rak buku terus.

Ni gambar lokasi sebelum
 
Tadaaa...dah siap. tema warna hitam, putih dan merah. Rak tepi tu, untuk simpan kesemua buku yang sebelum ini, hanya rak tingkat biasa tu. Shelf simpan alat tulis dia, dan kat bawah tu simpan la beg n katil tu mainan dia, hehe. Memang tak design pun corak kanak-kanak, sbb nak guna jangka panjang kan. Di samping tu bolehla menaikkan mood aku if nak wat keje kat umah, sini la tempatnya. Cuma hajat di hati atas meja tu adalah desktop bolehla yaya n rayyan main. Tu projek lepas ni. InsyaAllah.
 

 
 
Dan ini, katil dia. biasa2 je, belikan bed sheet angry bird sebab Rayyan suka. Bolehla diorang lepak2 di sini.
 
 
 
Dan ini projek utama. Kitorang memang nak wat wardrobe dalam bilik, kecil2 je, untuk baju harian, baju kerja semua simpan dalam bilik ke3. Dah 2 tahun pindah rumah, barula ada budget sket untuk tunaikan impian kami.
 
Gambar sebelum




Inilah dia hasilnya, memang design sampai atas, untuk simpan toto ke bantalke, segala macam. Yang penting semua barang tersorok, aku memang tak suka sepah2, biarla rumah takde barang pun.

Dah siap.

Sangat puas hati dengan hasil kerja tukang ni. Seperti yang diimpikan kini dah terlaksana, alhamdulillah. Moga2 tahun depan dapatla make up ruang tamu n ruang makan, boring beno dah keadaan nya sama je. InsyaAllah ada rezeki, aku update lagi projek rumah yer.



Thursday, April 11, 2013

Yaya bila dah mengaji...



Bercerita tentang perkembangan anak,  pula kali ini.

Alhamdulillah Yaya dah nak abis dah Qiraati 5. Tinggal 2-3 helai je nak masuk Al-Quran. Rasa nya dalam setahun juga la Yaya amek masa nak abiskan Qiraati 1 - 5 ni. termasukla Cuti Sekolah, tempat ngaji dia takde, bertukar ustazah yang mengajar. Namun pengajian tetap diteruskan.

Bacaan dia memang dah laju. Cuma panjang pendek, cara nak matikan ayat, hukum tajwid masih belum expert la. Di usia dia 5 tahun, 4 bulan, aku cukup senang dan tenang la dengan pencapaian dia. Boleh membaca Malay n English. Boleh mengaji, boleh menghafal dengan baik, cuma Matematik dia je agak lemah. Takpela , seimbang la katakan.

Niat di hati ni, nak masukkan dia kat tempat yang boleh ajar dia menghafaz Al-Quran. Pergila Darul Tuba tempat Ustaz Arifi aritu, malangnya dia tak terima pelajar yang tak full time ni. Yang paling kecil hafaz Quran, umur 10 tahun. tu pun sekolah full time kat tempat dia. Alangkah sejuknya jika Yaya dapat hafaz Al-Quran jugak. Tenaga pengajar tak cukup katanya, walaupun permintaan ramai.Kalau korang tau kat memana boleh antar anak ni utk hafaz Quran, sila2 la komen yer !

Sekarang ni, dia la yang mengajak aku ngaji. So mak nyer jangan malas2 dah yer! hehehe

Mama doakan Yaya menjadi anak solehah dan menjadi contoh kepada pelajar contoh...eh dialog bobiboy pulak.... dah tiap hari tgk la katakan...mode boringgggg

dan menjadi contoh yang baik kepada Rayyan yang soleh.

ameeennnn

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin