Pages

Monday, June 27, 2011

Susu Oh Susu



Kalini nak bercerita tentang production susu ku :)

sepanjang tempoh aku bercuti pantang ni, memang kerja aku adalah menambahkan ilmu tentang BF, sebab pengetahuan aku ttg bf memang tak seberapa. disebabkan azam aku memang nak full bf, maka usaha tangga kejayaan , tak gitu... banyak input2 yg aku perolehi, banyak betul blog2 yang menceritakan dengan stok susu masing2

ada ibu yang aku kategorikan sebagai super mommy la, coz dapat produce susu sampai beribu oz. mcmana dia buat tu? ish ish ish rezeki masing2. tapi bila di follow ceritanya, rupanya dia nyusukan 2 orang anak sekaligus. kita kena ingat, susu yang terhasil dalam diri kita ini, sememangnya cukup untuk keperluan bayi kita. jadi aku dah set otak aku, susu yang aku simpan, boleh dikatakan banyakla bagi aku yg takde pengalaman simpan susu, cukup untuk menampung keperluan anak aku. aku dah tak perlu susukan si kakak, kerana alya dah 3 thn setengah. jarak usia mereka cukup untuk aku menumpukan bf kepada si adik ini sepenuhnya.

untuk bulan pertama, anak aku minum 1.5-2 oz sahaja untuk sekali penyusuan.dan jarak masa penyusuan antara 3jam. bila baby menyusu, aku akan tadah lagi sebelah dan akan mermet. biasanyer akan dapat 1oz. dan bila baby sudah abis nyusu, aku akan sambung pam, biasanya 2 oz sahaja dapat. pam dalam 5 x sehari. tu yang utk bulan pertama aku guna bekas dadih shj, sebab susu aku pam hanya 2 oz. aku tak mengeluh pun sebab 2 oz tu bukan banyak mana pun, tapi mcm aku kata la, ia cukup untuk sekali penyusuan anak aku. tapi ada jugak dapat 1oz, aku campurkan la utk next sesi. ada try jugak makanan2 penambah susu, tp cam gitu jugak susu aku. tambahan dalam pantang, biasanya aku makan nasi+ikan. kenapa kata cam tak kenyang je baby bila BF... sedang perut baby sebesar guli ajek... mana bisa disumbat susu banyak 2 ! ingatla baby menangis , ada banyak sebab bukan lapar semata .

stok ku dalam hari ke 24. sket sangat

masuk bulan kedua, waktu pumping aku masih sama 5 x sehari selain direct bf. kalini dah naik susuku, dapat 30z skali pump, maka aku dah start guna liner, best tol guna benda ni. jimat space peti aku yang tak seberapa besar tu. see bila baby besar , automatik susu kita akan bertambah, so jangan risau. aku semakin yakin untuk wat stok yang banyak. bila abis saja 44 hari pantang, jumlah stok susuku dalam 170 oz. alhamdulillah, bangga dengan hasil usaha diri sendiri :)

abis pantang, dalam 170 oz berjaya dikumpulkan

bila dah masuk bulan ketiga , maksudnya selepas pantang, semakin meriah susu yang dihasilkan. bagi aku kuantiti makanan yang kita amik, itula yang perlu dititikberatkan, selain amik milk booster. kalau kita makan sket, susu nak dihasilkan tu, akan banyakker? dan akan berkualiti ker susu kita tu? ingatla bayi kita hanya bergantung pada susu ibunyer sahaja untuk membesar.
maka aku makan dan makan, hehe

contohnya hari ini. hari yang paling banyak aku rasa hasil perahan aku dapat. 11pg aku pam dapat 14 oz, 6 ptg dapat 2 oz, 11 mlm dapat 6 oz. total 22 oz...syukur sangat...dalam seminggu ni aku pam ikut suka, tgk la ada ke 3 x jek dalam sehari. mana boleh gitu, sepatutnya setiap 3 jam, tapi dah keje berjalan jek duk kl ni. hehe...lupa diri aku. maka esok dah balik muo, harus aku pam ikut time yer!


sesi perahan di waktu pagi...syok betul dapat hampir 14 oz :) tak pernah2 u!...

dan sepanjang seminggu duk kat kl ni, stok yang dapat ku buat adalah sebanyak 78 oz...syukur Ya Allah atas pemberian Mu ini. murahkan rezeki anak kami ini...amin

rasa puas, rasa tenang, rasa bangga dan rasa bersyukur bila tengok anak membesar dengan susu kita sendiri.

rayyan 9 hari

rayyan 30 hari

rayyan 54 hari

rayyan 2 bulan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin