Salam semua...
Lagi 2 minggu untukku bekerja...menghabiskan kerja-kerja di kolej ni sebelum memulakan cuti 3 bulan.... waaaa lamanyer cuti, apala yg bakal aku lakukan waktu2 begitu? tengokla nanti... mungkin menguruskan anak2, si kakak yang nak pergi sekolah dipagi hari, mengaji di malam hari, di sepanjang hari, tentula mengulit si comel yang bakal lahir...
9 bulan begitu pantas berlalu....bagaimana untuk lalui saat melahirkan? alya bakal menjadi kakak pd umur 3 tahun 4 bulan... apakah bersalin kali ini semudah yang lepas... insyaAllah, aku pasrah...apapun aku tetap memohon agar dipermudahkan segalanya ...amin
Si kakak sekarang semakin bertanggungjawab, semoga 3 thn 4 bulan waktu yang agak lama untuk kami sekeluarga memanja dan mendidik dia menjadi anak yang terbaik... Semakin manja dan semakin bijak...semakin bertanggungjawab dan prihatin, itula alya sekarang. Tidak payah bersuruh, dia akan buat sendiri, seorang yang pengemas, dan seorang yang banyak cakap. dah pandai lipat baju, dah pandai basuh pinggan. dia memang cepat belajar dan memang suka buat kerja rumah. mungkin dia belajar melalui pemerhatian...
Setiap hari, aku akan mengajar dia buku2 yang banyak di Q-dees tu, dia dah pandai baca, 2 buku reader sudah habis, baru 3 bln sek, aku rasa itu terbaik! dan mengaji pun memang kesukaan dia, dah kenal hurup Alif hingga Ya, cuma masih Keliru dengan hurup sod, dod, tho, zho.... juga 3 bulan baru start mengaji, itu juga yang terbaik mampu kami lakukan :)
Sangat sensitf sekarang, kalau aku marah , dia akan menangis yang membuatkan kita takkan marah malah turut sedih tgk dia nangis, so nyer aku mmg dah kurang marah kan dia. Ayat yang selalu diulang2...Mama, sayang yaya tak? berpuluh kali setiap hari.... mungkin penangan nak dapat adik...insyaAllah selamanya mama akan sayang yaya dan baby yang bakal lahir ni...cuma lepas ni kenala bijak nak bagikan kasih sayang antara mereka ...takkan ku bezakan, supaya masing2 mendapat perhatian sepenuhnya...semakin manja, tidur mesti atas lengan aku, nak berpeluk, ikut kan ajek la... tapi berulang kali dah ingatkan dia, kalau adik ada, adik tido sebelah mama, dan dia semakin paham dengan kenyataan itu...
Untuk baby yang bakal lahir, semoga dipermudahkan untuk melihat dunia bila sampai masanya nanti. mama dah berazam nak susukan baby sepenuhnya, insyaAllah sehingga 2 tahun. itula azam yang mohon dipermudahkan Nya. kalau masa alya dulu, banyak yang mama tak tau dunia BF ni, tapi skrg mama dah beli peralatan dan banyakkan input pasal menyusu. Walaupun alya tak menyusu sepenuhnya, tapi mama dah berjaya teruskan susu sehingga alya umur 3 tahun 3 bulan. masa aku dah pregnant 9 bulan ni la baru alya berhenti seberhentinya... dia kata susu untuk adik. akhirnya dia paham. 3 tahun 3 bulan menyusukan alya, saat yang begitu lama aku rasa, pelbagai cara dah cuba nak stopkan susu... tapi dia still nak yang satu itu.... alhamdulillah, memang lain jika kita bf ni, memang rapat antara kita dan anak, malah kita boleh rasakan apa yg dia rasa, even kalau dia tak cakap pun, aku tau apa yg dia rasakan atau pikirkan...dan kali ini aku akan teruskan untuk Full BF, insyaAllah...
panjang entry kali ini, mungkin lepas ni, aku update gambar baby... cuti 3bulan apalgi boleh wat, tentula lappy menjadi peneman setia :)
cedok gambar dari paksyah... sempena besday Rizqi yang ke-3.... happy birthday to rizqi... semoga menjadi anak yang beriman :)
gambar kegemukan melampau, perlu dimasukkan dalam blog supaya sentiasa beringat untuk berpantang sepantang pantangnya! aku dah berazam, pantang makan, fully BF dan pakai PB ...saksikan gambar lagi 3 bulan...kalau aku tak naik keja maksudnya belum turun la badan tu....hahaha....mintak dijauhkan!
gambar yang masih boleh di cover
5 comments:
ahahaha..insyaallah semua selamat nanti,...tunggu kami bawak pom-pom girl g tengok ko beranak kang...
ko mengandung tak pe ler naik badan..yang tak mengandung pon sama2 naik apa kes?? hahehheheh...
ko ngandung naik sket....mana boleh aku naik banyak...hahha
pom pom ? tak terberanak aku kang....kekekkee
azie:smoga slmt sumanya..me too...tgh debor nunggu nak beranak...slmt berbreastfeeding..if anything that i can help you in BF just call me k...
salam ummuNuha...tak tinggal kan jejak pun...camne nak cal?
azie:sori...lupa...0129696746...kim slm puyi
Post a Comment