Pages

Friday, April 29, 2011

Azamku mesti terlaksa

Entry yang memang mengujakan aku, akhir nyer terlaksana ...amin....doa dan azam ku sepanjang mengandung ialah nak susukan baby sepenuhnya.... tapi maafkan mama, sebab gagal juga di spital, yelah dah ceaser, amatla payah untuk bangun, jadi adalah 2 kali sahaja mama mampu susukan baby di spital....yang lain nyer mama terpaksa serahkan baby dengan susu botol di spital tu...


semalam bila dah balik, rasa cik B sudah full, alhamdulillah, walaupun belum berurut, diriku ini sudah mampu menjana susu... mudah2han dapatla aku membuat stok yang banyak sepanjang berpantang ni...


cubaan pertama pam susu, setelah balik rumah, barulah boleh kembur set pam spectra ku ini, alhamdulillah ia berfungsi dengan amat baik sekali...try single pump dulu...dan ini la hasilnya bila dicampurkan kedua2 belah perahan...


first try sudah 2 auns...alhamdulillah cukup sekali penyusuan, yelah newborn kan! terus suruh akak ku hantar ke spital yang dekat ngan umah tu... pam ni dalam kol 6 ptg


second try adalah pukul 10 mlm, cik B sudah penuh lagi...kali ni try dual pump....masih dapat 2 auns...campurkan ajek dan masuk dalam peti....pepagi sok leh hantar


tu dia, bila dah dicampurkan...2 auns for my baby...


third pump pagi tdi kol 6 , dapat 4 auns...alhamdulillah...susukan sudah banyak....dan mudah2an semakin banyak utk menampung keseluruhan penyusuan baby :)


lihatla susu yang penuh kolustrum itu, amat baik untuk baby mama...semoga baby menjadi anak yang soleh, cerdik dan beriman pada agama, keluarga dan negara :) aminnnnn


My Lovely Newborn Baby



alhamdulillah aku telah selamat melahirkan baby boy seberat 3.0 kg di Tay Maternity di Muar secara ceasearian pada 27 April 2011, jam 5.43 pagi. Setelah 3 hari berkampung di spital, semalam baru aku kuo, dan baby masih ditahan di spital berikutan sudah terberak di dalam perut... so nyer aku 3 hari, baby 5 hari...sementara ada masa aku bolehla melayan fb + blog ni...ok see the picasss... citer nya komdian2 la...almaklumla ceasear, sungguh sedap rasanyer ..hehe


selepas siap dibersihkan- day 1


zoom sket.....alaaalalaa comeynye...rupa alya masa baby dulu...cuma muka baby ni lagi bulat


alya begitu teruja melihat adiknya - day 2


terkial2 mama kesakitan sambil nak pegang baby


day3 - berjaya aku bangun dalam "kesenangan" ....bersiap untuk check out...alhamdulillah

Monday, April 4, 2011

Menghitung hari


Salam semua...


Lagi 2 minggu untukku bekerja...menghabiskan kerja-kerja di kolej ni sebelum memulakan cuti 3 bulan.... waaaa lamanyer cuti, apala yg bakal aku lakukan waktu2 begitu? tengokla nanti... mungkin menguruskan anak2, si kakak yang nak pergi sekolah dipagi hari, mengaji di malam hari, di sepanjang hari, tentula mengulit si comel yang bakal lahir...



9 bulan begitu pantas berlalu....bagaimana untuk lalui saat melahirkan? alya bakal menjadi kakak pd umur 3 tahun 4 bulan... apakah bersalin kali ini semudah yang lepas... insyaAllah, aku pasrah...apapun aku tetap memohon agar dipermudahkan segalanya ...amin



Si kakak sekarang semakin bertanggungjawab, semoga 3 thn 4 bulan waktu yang agak lama untuk kami sekeluarga memanja dan mendidik dia menjadi anak yang terbaik... Semakin manja dan semakin bijak...semakin bertanggungjawab dan prihatin, itula alya sekarang. Tidak payah bersuruh, dia akan buat sendiri, seorang yang pengemas, dan seorang yang banyak cakap. dah pandai lipat baju, dah pandai basuh pinggan. dia memang cepat belajar dan memang suka buat kerja rumah. mungkin dia belajar melalui pemerhatian...



Setiap hari, aku akan mengajar dia buku2 yang banyak di Q-dees tu, dia dah pandai baca, 2 buku reader sudah habis, baru 3 bln sek, aku rasa itu terbaik! dan mengaji pun memang kesukaan dia, dah kenal hurup Alif hingga Ya, cuma masih Keliru dengan hurup sod, dod, tho, zho.... juga 3 bulan baru start mengaji, itu juga yang terbaik mampu kami lakukan :)



Sangat sensitf sekarang, kalau aku marah , dia akan menangis yang membuatkan kita takkan marah malah turut sedih tgk dia nangis, so nyer aku mmg dah kurang marah kan dia. Ayat yang selalu diulang2...Mama, sayang yaya tak? berpuluh kali setiap hari.... mungkin penangan nak dapat adik...insyaAllah selamanya mama akan sayang yaya dan baby yang bakal lahir ni...cuma lepas ni kenala bijak nak bagikan kasih sayang antara mereka ...takkan ku bezakan, supaya masing2 mendapat perhatian sepenuhnya...semakin manja, tidur mesti atas lengan aku, nak berpeluk, ikut kan ajek la... tapi berulang kali dah ingatkan dia, kalau adik ada, adik tido sebelah mama, dan dia semakin paham dengan kenyataan itu...



Untuk baby yang bakal lahir, semoga dipermudahkan untuk melihat dunia bila sampai masanya nanti. mama dah berazam nak susukan baby sepenuhnya, insyaAllah sehingga 2 tahun. itula azam yang mohon dipermudahkan Nya. kalau masa alya dulu, banyak yang mama tak tau dunia BF ni, tapi skrg mama dah beli peralatan dan banyakkan input pasal menyusu. Walaupun alya tak menyusu sepenuhnya, tapi mama dah berjaya teruskan susu sehingga alya umur 3 tahun 3 bulan. masa aku dah pregnant 9 bulan ni la baru alya berhenti seberhentinya... dia kata susu untuk adik. akhirnya dia paham. 3 tahun 3 bulan menyusukan alya, saat yang begitu lama aku rasa, pelbagai cara dah cuba nak stopkan susu... tapi dia still nak yang satu itu.... alhamdulillah, memang lain jika kita bf ni, memang rapat antara kita dan anak, malah kita boleh rasakan apa yg dia rasa, even kalau dia tak cakap pun, aku tau apa yg dia rasakan atau pikirkan...dan kali ini aku akan teruskan untuk Full BF, insyaAllah...



panjang entry kali ini, mungkin lepas ni, aku update gambar baby... cuti 3bulan apalgi boleh wat, tentula lappy menjadi peneman setia :)


cedok gambar dari paksyah... sempena besday Rizqi yang ke-3.... happy birthday to rizqi... semoga menjadi anak yang beriman :)


gambar kegemukan melampau, perlu dimasukkan dalam blog supaya sentiasa beringat untuk berpantang sepantang pantangnya! aku dah berazam, pantang makan, fully BF dan pakai PB ...saksikan gambar lagi 3 bulan...kalau aku tak naik keja maksudnya belum turun la badan tu....hahaha....mintak dijauhkan!


gambar yang masih boleh di cover


tu diaaa....dah macam apa daaa

muka pun dah semakin kembang dan sembab....

cukup2 la tu, takut takleh timer kenyataan... hampir 15 kg sudah naik....camno nak turunkan? tunggguuuuuu!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin