Pages

Thursday, April 11, 2013

Yaya bila dah mengaji...



Bercerita tentang perkembangan anak,  pula kali ini.

Alhamdulillah Yaya dah nak abis dah Qiraati 5. Tinggal 2-3 helai je nak masuk Al-Quran. Rasa nya dalam setahun juga la Yaya amek masa nak abiskan Qiraati 1 - 5 ni. termasukla Cuti Sekolah, tempat ngaji dia takde, bertukar ustazah yang mengajar. Namun pengajian tetap diteruskan.

Bacaan dia memang dah laju. Cuma panjang pendek, cara nak matikan ayat, hukum tajwid masih belum expert la. Di usia dia 5 tahun, 4 bulan, aku cukup senang dan tenang la dengan pencapaian dia. Boleh membaca Malay n English. Boleh mengaji, boleh menghafal dengan baik, cuma Matematik dia je agak lemah. Takpela , seimbang la katakan.

Niat di hati ni, nak masukkan dia kat tempat yang boleh ajar dia menghafaz Al-Quran. Pergila Darul Tuba tempat Ustaz Arifi aritu, malangnya dia tak terima pelajar yang tak full time ni. Yang paling kecil hafaz Quran, umur 10 tahun. tu pun sekolah full time kat tempat dia. Alangkah sejuknya jika Yaya dapat hafaz Al-Quran jugak. Tenaga pengajar tak cukup katanya, walaupun permintaan ramai.Kalau korang tau kat memana boleh antar anak ni utk hafaz Quran, sila2 la komen yer !

Sekarang ni, dia la yang mengajak aku ngaji. So mak nyer jangan malas2 dah yer! hehehe

Mama doakan Yaya menjadi anak solehah dan menjadi contoh kepada pelajar contoh...eh dialog bobiboy pulak.... dah tiap hari tgk la katakan...mode boringgggg

dan menjadi contoh yang baik kepada Rayyan yang soleh.

ameeennnn

Wednesday, April 10, 2013

Work Achievement

Kali ini, nak kongsi cerita tentang kejayaan tuan punye blog di atas kejayaan menggondol tempat Johan Kategori Meja Kerja. Al kisah.... tersebut cerita, Kolej kami tengah hangat dalam proses mendapatkan pengiktirafan 5S. Maka pelbagaila aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasa induk, bagi menghidupkan lagi persekitaran kerja 5S.

Antaranya, Audit Dalaman Siri 1, Pertandingan Meja Kerja, Pertandingan Bilik Pegawai dan Pertandingan Sudit 5S. Dan kita sebagai agen pelaksana sudah pasti sentiasa menyokong pihak pengurusan. Pendek kata kalau kita nak org bekerjasama dengan kita, maka kita juga hendaklah memberi kerjasama atas kerja orang lain. Itu dah tersurat lagi tersirat kannnn?

Maka Zon Baiduri sejak mula lagi telah bergerak dan Alhamdulillah mendapat kerjasama dan sokongan dari ahli-ahli zon. Buatla apa yang terdaya. Bila ada pertandingan kita tengok jekla kriteria dia, so penuhi saja apa yang syarat tu nak. Memang tak bapa nak lebih tapi jangan la ada yang kurang.

Ini Kategori Meja Kerja... Alhamdulillah juara tu, dapat RM 80

 rasanya ini je yang spesel sket sudut hiasan di meja, adalah anugerah2 yang penah dapat sepanjang 10 tahun keje kat KKLJ ni

Seterusnya Tempat Pertama Sudut 5S ... RM 120



 Inila Sudut 5S nya
 
Dan ini pula tempat ketiga  Audit Dalaman... RM 80

 

Dan ini antara wajah-wajah ahli Zon Baiduri.....thanks a lot kepada semua warga Zon Baiduri...tanpa anda takdela kita menang RM 200 ...hihihi

 
Semoga usaha berterusan dalam mendapat persijilan 5S terus mendapat pengiktirafan, pendek kata dapat menang lagila untuk pertandingan seterusnya.... :)
 

Entry Slimming Seterusnya

Salam semua...

Alhamdulillah azam dari azali lagi sudah dicapai....azali yang tak bleh tahan tu, sebab azam yang memang direnew dari setahun ke setahun la katakan, hihihi..............

Tu dia......bukan untuk menunjuk apalagi bermegah-megah cuma untuk catatan pencapaian diri sendiri. bukan banyak pun impian kita yang tercapai, so tak salahla kiranya tuan punya blog nak abadikan cerita ini.

Seperti entry sebelum ini, target dulu-dulu nak bawah 70 pun jadikla. bila dah dapat 69 dulu, punyela gembira. tapi sekarang, jarum penimbang Makmal Sains saksi segalanya. Sejak 3 tahun lepas agaknya duk berulang alik timbang. Bila kita nak timbang, harusla satu penimbang je, agar kejituan berat itu lebih terserlah, cehhhh gitu!!!

Jadi sekarang, tanggal 9 April 2013, jarum penimbang telah bergerak ke bawah 60...waaa....59.5kg....bangga la oooo takkan tak bangga dengan diri sendiri. Kepuasan yang maksimum nih!!!Usaha berterusan telah membuahkan hasil.



Dan ini pula, penimbang kat Fitness Concept. Korang boleh jek gi mana2 kedai ni, adalah penimbang ni. Yang bestnya timbang ni dapat kira lemak dalam badan. BMI tu dah tak kisah dah , coz dia merangkumi berat lemak, otot, tulang dan semua la. Yang kita pentingkan sekarang adalah total lemak dalam badan. So penimbang ni dapat mengukur lemak kita dan otot kita sekali.

Tu dia fat to lose...ada 0.2kg lagi. So kene buang la lemak ni kan?


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Tuhan berikan. Sekali lagi ini bukan entry menunjuk, cuma lebih gembira sekiranya dapat berkongsi cara hidup yang sihat dengan semua. Ini adalah corak pemakanan dan corak aktiviti hidup kita seharian. Cuma amalkan cara hidup sihat, itu adalah formula kejayaan penurunan berat badan saya hari ini, dan memang terbaik.

No diet, no pills, no starving....Cuma pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Key word entry kali ini.
 

Monday, April 1, 2013

6TH anniversary

Alhamdulillah 30 Mac 2013 genap 6 tahun usia perkahwinan kami 

Dulu

 

Kini ( tak nampak tue lagi kan kan kan?)  hihihi


dan keluarga bahagia kami


Semoga semakin hari semakin matang dalam kehidupan berkeluarga disamping mendapat keberkatan Nya....InsyaAllah. . Syukur Ya Allah.

Ativiti Cuti Sekolah

Cuti sekolah minggu lepas, 2 hari kitorang amik cuti. Inila masa ngabiskan dengan anak2 lagipun mak njang ngan moksu datang, leh la bawak diorang jalan2 melaka je pun. Cuti pendek jalan pun langkah pun pendek la :)

 ini aktiviti mencuci rambut, maklumla ramai anak pompuan. yaya, mak njang n moksu semua nak cuci rambut, so layannnn



ini plak tukang nyibuk gak nak gi mydin jasin. first day bukak terus pegi. lain2 gambo kat melaka tak amik la plak. 

cuti sekolah lain kali, jemput datang lagi yer adik adik !!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin